NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SECARA MAYA KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB) KALI YANG KE-54
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SECARA MAYA KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB) KALI YANG KE-55
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Pihak Pengurusan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-55 secara maya pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21/09/2025 (Ahad)
Tempat : Secara Maya
Masa : 10.00am
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh ahli KPATB
1. Pendaftaran kehadiran ke mesyuarat AGM akan mula dibuka pada 21/09/2025 (Ahad) bermula dari jam 08.00 am sehingga jam 10.00 am.
2. Hanya ahli yang layak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat secara maya.
3. Elaun kehadiran sebanyak RM70 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh) akan diberi kepada ahli yang layak DAN menyertai mesyuarat AGM. Elaun tersebut akan di kreditkan ke akaun simpanan ahli. Pihak Pengurusan KPAT akan memaklumkan tarikh pembayaran elaun tersebut.
4. Ahli boleh menyemak status kelayakan kehadiran bermula dari 15/09/2025 (https://kpatweb.sistemkpat.com/evote-public) Bagi ahli yang layak menghadiri AGM ke 55, ahli boleh terus mengemaskini nombor telefon bimbit.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai mesyuarat secara maya. (Harap maklum, proses pendaftaran akan dibuka pada 21/09/2025 bermula jam 08.00am)
Langkah 1 : Klik pautan berikut (https://kpatweb.sistemkpat.com/evote-public)
Langkah 2 : Masukkan nombor ahli koperasi atau nombor kad pengenalan awam atau nombor tentera untuk menyemak kelayakan untuk menyertai Mesyuarat Agung Kali ke- 55. Jika berstatus tidak layak, ahli boleh menghubungi pihak KPAT untuk penerangan lanjut. Bagi ahli yang berstatus layak, sila ke Langkah seterusnya.
Langkah 3 : Kemaskini maklumat nombor telefon dan klik butang kemaskini.
Langkah 4 : Klik pada butang ’KLIK KE AGM ATAS TALIAN’ untuk melayari applikasi Zoom. (Nota: pada langkah ini, ahli akan dibawa ke applilasi Zoom)
Langkah 5 : Klik ‘Join Meeting’
Langkah 6 : Masukkan ‘First Name’ dan ‘Last Name’.
Langkah 7 : Masukkan meeting ID diruangan Meeting ID dan Klik ‘Join’ dan anda akan dibawa ke ruang menunggu menyuarat secara maya. Harap maklum, meeting ID akan dipaparkan di ruangan Langkah 4 pada 21/09/2025
Sekiranya ahli inginkan keterangan lanjut berkenaan dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas, boleh lah menghubungi pihak KPATB ditalian berikut:
– 01111809020
– 01111909020
– 01111935294
– 03-41427071
Sekian Terima Kasih
BAHAGIAN PENGURUSAN
KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB)
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah
Assalamualaikum, Tuan~Puan…NOTIS PENCALONAN ALK 2024 telah disiarkan hari ini BERITA HARIANSELASA04 JUN 2024BH 1klassifieds mukasurat
Panduan Pengguna (User Manual) untuk Langkah-Langkah Menyertai Mesyuarat Agung Tahunan secara dalam talian Panduan Pengguna_Langkah
Assalamualaikum, Tuan~Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-53 telah disiarkan hari ini BERITA HARIAN09 OKTOBER 2023ISNINmukasurat