Nama asalnya The Malaysian Armed Forces Co-operative Housing Society Limited didaftarkan di bawah Akta Koperasi (dulunya Co-operative Societies Ordinance 1948) pada 5 April 1965 sebagai pertubuhan koperasi jimat cermat dan pinjaman wang yang berasaskan perumahan.

Aktiviti utama KPATB adalah memberikan kemudahan pinjaman berasaskan keperluan perumahan kepada anggota-anggota tentera dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan menganggotai Koperasi ini.

Kini KPATB dianggotai 5,588 orang anggota daripada anggota tentera darat, laut, udara dan staf awam dengan mengumpulkan modal saham dan caruman yuran lebih RM 40 juta.

Visi Koperasi

Memastikan semua warga tentera termasuk kakitangan awam dalam Kementerian Pertahanan memiliki rumah sendiri yang sempurna dan mampumilik dengan slogan “Satu Anggota Satu Rumah”.

Misi Koperasi

Menyalurkan kemudahan dalam bentuk KEWANGAN,PERKHIDMATAN dan PERNIAGAAN kepada anggota bagi membantu meninggikan taraf ekonomi anggota melalui pemilikan rumah yang sempurna.