Permohonan Keanggotaan

Syarat
Keanggotaan

Nama asalnya The Malaysian Armed Forces Co-operative Housing Society Limited didaftarkan di bawah Akta Koperasi (dulunya Co-operative Societies Ordinance 1948) pada 5 April 1965 sebagai pertubuhan koperasi jimat cermat dan pinjaman wang yang berasaskan perumahan.

Aktiviti utama KPATB adalah memberikan kemudahan pinjaman berasaskan keperluan perumahan kepada anggota-anggota tentera dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan menganggotai Koperasi ini.

Kini KPATB dianggotai 5,588 orang anggota daripada anggota tentera darat, laut, udara dan staf awam dengan mengumpulkan modal saham dan caruman yuran lebih RM 40 juta.

Proses
Pendaftaran

Permohonan menjadi anggota hendalah dibuat dalam borang rasmi KPATB. Sila sertakan salinan dokumen berikut:

  • Salinan My Tentera / Kad Pengenalan depan dan belakang
  • Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah disertakan dengan bayaran proses masuk sebanyak RM20.00
  • Bekas anggota untuk memohon semula untuk menjadi ahli akan dikenakan RM100.00

Modal Syer
dan Yuran

Tiap-tiap anggota perlu menjelaskan bayaran RM100 (syer) dari tarikh menjadi anggota dan potongan minimum yuran bulanan RM30 sebulan maksimum RM500 sebulan.

Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dipertimbangkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah, dan boleh menerima atau menolak sebarang permohonan tanpa menyatakan apa-apa sebab.

NOTA:
Sila Cetak Borang Permohonan Keanggotaan. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.