PUTRAJAYA – Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pihak kami kini menjalinkan kerjasama strategik bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pembangunan industri perikanan negara serta memperluaskan manfaat kepada komuniti nelayan dan masyarakat setempat.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, akan dijalankan program latihan asas nelayan khusus untuk anggota tentera yang bakal bersara (pencen).
Inisiatif ini bertujuan untuk:
- Memberi peluang kepada anggota tentera menyesuaikan diri dengan bidang baharu selepas persaraan.
- Mempelajari kemahiran asas perikanan sebagai sumber pendapatan alternatif.
- Mendalami pengetahuan mengenai pengurusan hasil laut dan aktiviti nelayan.
- Menyokong kesejahteraan ekonomi bekas tentera melalui bidang perikanan.
Kerjasama ini diyakini dapat memanfaatkan kedua-dua sektor – perikanan dan pertahanan – dengan memperkukuh kemahiran, jaringan, dan sinergi antara agensi.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📧 Email: admin@lkim.gov.my
📞 Pic: Iqmar (+60 11-3188 4548)