NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SECARA MAYA KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB) KALI YANG KE-52

YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak pengurusan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk Kali Ke-52 secara maya pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 25 September 2022 (Ahad)
Tempat : Secara Maya
Masa Pengundian: 12.01am – 10.00am
Masa Mesyuarat AGM: Dijangka bermula pada jam 10.30am

Hanya ahli-ahli yang layak dibenarkan untuk membuat undian dan menghadiri mesyuarat secara maya. Semua aktiviti ini akan menggunakan platform portal ahli (untuk proses undian secara dalam talian) dan applikasi Zoom (untuk menghadiri mesyuarat AGM)

Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberi perhatian dan tindakan lanjut oleh ahli KPATB.

  1. Senarai nama-nama calon Lembaga Pengarah
    Senarai nama-nama calon Lembaga Pengarah telah dipaparkan di website KPATB (https://portal.kpatb.com.my/).

Ahli boleh layari website di pautan https://portal.kpatb.com.my/mesyuarat-agung-tahunan-ke-52/ untuk mengetahui nama-nama calon yang bertanding.

  1. Semakan Kelayakan Ahli untuk mengundi dan menyertai mesyuarat AGM
    Ahli boleh menyemak status kelayakan bermula dari tarikh 11 September 2022 dengan melayari portal ahli.

Langkah-langkah nya adalah seperti berikut:

2.1. Bagi ahli yang telah mengaktifkan akaun portal ahli, mereka boleh terus menyemak status kelayakan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:-
 Log-in http://kpatweb.sistemkpat.com/login
 Pilih Menu AGM, kemudian pilih menu “Semak Kelayakan”
 Status Kelayakan untuk mengundi dan menghadiri mesyuarat akan dipaparkan

Nota : Ahli boleh menghubungi pihak KPATB ditalian 03-4142 7071 atau 03-4142 7072 sekiranya ahli ingin mengetahui keterangan lanjut berkenaan dengan kenapa ia tidak layak mengundi dan menghadiri Mesyuarat Agung KPATB untuk kali yang ke-52 secara maya.

2.2. Bagi ahli yang belum pernah log-in didalam sistem portal ahli
Ahli mesti terlebih dahulu mengemaskini beberapa maklumat penting (iaitu, penukaran kata laluan, nombor telefon bimbit dan alamat email). Sila klik pautan https://portal.kpatb.com.my/sudahkah-anda-kemaskini-profile-anda/ untuk mengetahui langkah-langkah untuk mengaktifkan akaun portal ahli dan seterusnya mengemaskini maklumat penting yang dinyatakan.

Selepas ahli telah mengemaskini maklumat tersebut, ahli boleh mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan pada item 2.1 untuk menyemak status kelayakan ahli.

  1. Proses Undian Secara Dalam Talian
    Seramai 5 nama-nama calon Lembaga Pengarah yang akan bertanding pada kali ini. Ahli yang layak diminta membuat undian secara didalam talian dan seterusnya memilih 3 calon untuk menjadi Lembaga Pengarah KPATB.

Proses pengundian didalam talian akan bermula pada 25 September 2022, dari jam 12.01 am sehingga jam 10.00 am. Elaun sebanyak RM40 akan diberikan (melalui bank transfer) kepada ahli yang telah selesai mengundi. Tarikh pembayaran akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan KPATB.

Sila klik pautan berikut https://portal.kpatb.com.my/aliran-proses-e-vote/ untuk mengetahui langkah-langkah untuk membuat undian secara dalam talian.

  1. Cara-Cara untuk menyertai Mesyuarat AGM kali ke 52 secara maya

Mesyuarat AGM dijangka bermula pada jam 10.30am, 25 September 2022. Bagi ahli yang layak menghadiri mesyuarat AGM tersebut, mereka boleh menyertainya secara maya dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Login portal ahli https://kpatweb.sistemkpat.com/login
Langkah 2 : Pilih menu eUndian > Pautan AGM atas talian
Langkah 3 : Kemaskini maklumat akaun bank ahli bagi tujuan pembayaran elaun dan klik butang simpan.
Langkah 4 : Kik pada pautan AGM untuk melayari applikasi Zoom
Langkah 5 : Klik ‘Open Zoom Meeting’
Langkah 6 : Masukkan email address dan klik ‘Join Webinar’

Sekiranya ahli inginkan keterangan lanjut berkenaan dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas, boleh lah menghubungi pihak KPATB ditalian 03-4142 7071 atau 03-4142 7072.

Sekian Terima Kasih

BAHAGIAN PENGURUSAN
KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB)