NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SECARA MAYA KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB) KALI YANG KE-54

YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Pengurusan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk Kali Ke-54 secara maya pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 29/09/2024 (Ahad)
Tempat : Secara Maya
Masa : 10.00am

Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh ahli KPATB

  1. Pendaftaran kehadiran ke mesyuarat AGM akan mula dibuka pada 29/09/2024 (Ahad) bermula dari jam 08.00 am sehingga jam 10.00 am.
  2. Hanya ahli yang layak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat secara maya.
  3. Elaun kehadiran sebanyak RM70 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh) akan diberi kepada ahli yang layak DAN menyertai mesyuarat AGM. Elaun tersebut akan di kreditkan ke akaun bank ahli. Pihak Pengurusan KPAT akan memaklumkan tarikh pembayaran elaun tersebut.
  4. Ahli boleh menyemak status kelayakan kehadiran bermula dari 23/09/2024 (https://kpatweb.sistemkpat.com/evote-public) Bagi ahli yang layak menghadiri AGM ke 54, ahli boleh terus mengemaskini maklumat bank akaun dan nombor telefon bimbit.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai mesyuarat secara maya. (Harap maklum, proses pendaftaran akan dibuka pada 29/09/2024 bermula jam 08.00am)

Langkah 1 : Klik pautan berikut (https://kpatweb.sistemkpat.com/evote-public)
Langkah 2 : Masukkan nombor ahli koperasi atau nombor kad pengenalan awam atau nombor tentera untuk menyemak kelayakan untuk menyertai Mesyuarat Agung Kali ke- 54. Jika berstatus tidak layak, ahli boleh menghubungi pihak KPAT untuk penerangan lanjut. Bagi ahli yang berstatus layak, sila ke Langkah seterusnya.
Langkah 3 : Kemaskini maklumat akaun bank ahli bagi tujuan pembayaran elaun, nombor telefon dan klik butang kemaskini.
Langkah 4 : Klik pada butang ‘KLIK KE AGM ATAS TALIAN’ untuk melayari applikasi Zoom. (Nota: pada langkah ini, ahli akan dibawa ke applilasi Zoom)
Langkah 5 : Klik ‘Join Meeting’
Langkah 6 : Masukkan ‘First Name’ dan ‘Last Name’.
Langkah 7 : Masukkan meeting ID diruangan Meeting ID dan Klik ‘Join’ dan anda akan dibawa ke ruang menunggu menyuarat secara maya. Harap maklum, meeting ID akan dipaparkan di ruangan Langkah 4 pada 29/09/2024.

Sekiranya ahli inginkan keterangan lanjut berkenaan dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas, boleh lah menghubungi pihak KPATB ditalian berikut:

01111809020
01111909020
01111935294
03-41427071

Sekian Terima Kasih

BAHAGIAN PENGURUSAN
KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB)