YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Pihak Pengurusan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk Kali Ke-56 secara maya pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 28/11/2026 (Sabtu)
Tempat : Secara Maya
Masa : 10.00am
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh ahli KPATB
- Pendaftaran kehadiran ke mesyuarat AGM akan mula dibuka pada 28/11/2026 (Sabtu) bermula dari jam 08.00 am sehingga jam 10.00 am.
- Hanya ahli yang layak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat secara maya.
- Elaun kehadiran sebanyak RM70 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh) akan diberi kepada ahli yang layak DAN menyertai mesyuarat AGM. Elaun tersebut akan di kreditkan ke akaun simpanan ahli. Pihak Pengurusan KPAT akan memaklumkan tarikh pembayaran elaun tersebut.
- Ahli boleh menyemak status kelayakan kehadiran bermula dari 23/11/2026 (https://kpatweb.sistemkpat.com/evote-public) Bagi ahli yang layak menghadiri AGM ke 56, ahli boleh terus mengemaskini nombor telefon bimbit.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai mesyuarat secara maya. (Harap maklum, proses pendaftaran akan dibuka pada 28/11/2026 bermula jam 08.00am)
Langkah 1 : Klik pautan berikut (https://kpatweb.sistemkpat.com/evote-public)
Langkah 2 : Masukkan nombor ahli koperasi atau nombor kad pengenalan awam atau nombor tentera untuk menyemak kelayakan untuk menyertai Mesyuarat Agung Kali ke- 56.
Jika berstatus tidak layak, ahli boleh menghubungi pihak KPAT untuk penerangan lanjut.
Bagi ahli yang berstatus layak, sila ke Langkah seterusnya.
Langkah 3 : Kemaskini maklumat nombor telefon dan klik butang kemaskini.
Langkah 4 : Klik pada butang ’KLIK KE AGM ATAS TALIAN’ untuk melayari applikasi Zoom. (Nota: pada langkah ini, ahli akan dibawa ke applilasi Zoom)
Langkah 5 : Klik ‘Join Meeting’
Langkah 6 : Masukkan ‘First Name’ dan ‘Last Name’.
Langkah 7 : Masukkan meeting ID diruangan Meeting ID dan Klik ‘Join’ dan anda akan dibawa ke ruang menunggu menyuarat secara maya.
Harap maklum, meeting ID akan dipaparkan di ruangan Langkah 4 pada 28/11/2026
Sekiranya ahli inginkan keterangan lanjut berkenaan dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas, boleh lah menghubungi pihak KPATB ditalian berikut:
- 01111809020
- 01111909020
- 01111935294
- 03-41427071
Sekian Terima Kasih
BAHAGIAN PENGURUSAN
KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD (KPATB)