Had minima adalah RM500.00 dan maksima RM 10,000. Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 60 bulan.
Had minima adalah RM500.00 dan maksima RM 10,000. Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 60 bulan.
Penjamin tidak diperlukan kerana setiap pembiayaan akan dikenakan potongan 1% dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Peminjam.
Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.75% setahun menggunakan Konsep Tawarruq.
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses sebanyak RM72.00.
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah (Tawarruq) sebanyak RM50.00.
Kadar bayaran sebanyak 2% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang telah diluluskan akan dikenakan bagi melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian. Kadar ini yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa ke masa, akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.