Had minima adalah RM500.00 dan maksima RM 2,000. Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 12 bulan.
Penjamin tidak diperlukan kerana setiap pembiayaan akan dikenakan potongan 1% dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Peminjam.
Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.75% setahun yang menggunakan Konsep Tawarruq.
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses sebanyak RM72.00.
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah (Tawarruq) sebanyak RM50.00.