Pembiayaan Raya

NOTA:
Sila Cetak Borang Permohonan Pembiayaan. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.

Syarat Kelayakan

  • Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.
  • Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut :
    1. Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)

Had dan Tempoh Bayaran

Had minima adalah RM500.00 dan maksima RM 2,000. Tempoh bayaran  adalah di antara 6 hingga 12 bulan.

Syarat Penjamin

Penjamin tidak diperlukan kerana setiap pembiayaan akan dikenakan potongan 1% dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Peminjam.

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.75% setahun yang menggunakan Konsep Tawarruq.

Bayaran Fi Proses

Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses sebanyak RM72.00.

Bayaran Fi Pematuhan Syariah

Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah (Tawarruq) sebanyak RM50.00.

Tabung Khairat Kematian

Kadar bayaran sebanyak 2% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang telah diluluskan akan dikenakan bagi melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian. Kadar ini yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa ke masa, akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Dokumen-dokumen Sokongan

  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan pemohon
  2. Penyata Gaji Asal bulan terakhir pemohon
  3. Penyata Gaji Asal Tiga (3) bulan terkini (Pemohon Awam)
  4. Perbah II / Senarai KPJ & K atau Surat Kuasa menyambung perkhidmatan yang dikeluarkan oleh CSM/JRP dan disahkan oleh Pegawai Rekod Pasukan (Jika Perlu)
  5. Penentuan Had Kelayakan Pembiayaan (Pemohon Awam)
  6. Surat Pengakuan – Biro Perkhidmatan ANGKASA (Anggota Baru)