Tempoh bayaran tidak melebihi 60 bulan (5 Tahun).
Penjamin tidak diperlukan kerana setiap pembiayaan akan dikenakan potongan 1% dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Pembiayaan.
Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga adalah sebanyak 6.5% setahun yang menggunakan Konsep Murabahah.
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses mengikut jenis model motor.
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah (Murabahah) sebanyak RM50.00.