Pembiayaan Motosikal

NOTA:
Sila Cetak Borang Permohonan Pembiayaan. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.

Syarat Kelayakan

  • Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.
  • Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut :-
    1. Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)

Had dan Tempoh Bayaran

Tempoh bayaran tidak melebihi 60 bulan (5 Tahun).

Syarat Penjamin

Penjamin tidak diperlukan kerana setiap pembiayaan akan dikenakan potongan 1% dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Pembiayaan.

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga adalah sebanyak 6.5%  setahun yang menggunakan Konsep Murabahah.

Bayaran Fi Proses

Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses mengikut jenis model motor.

Bayaran Fi Pematuhan Syariah

Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah (Murabahah) sebanyak RM50.00.

Tabung Khairat Kematian

Kadar bayaran sebanyak 2% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang telah diluluskan akan dikenakan bagi melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian. Kadar ini yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa ke masa, akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Dokumen-dokumen Sokongan

  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan pemohon dan penjamin
  2. Penyata Gaji Asal bulan terakhir pemohon dan penjamin
  3. Penyata Gaji Asal Tiga (3) bulan terkini (Pemohon Awam) dan penjamin
  4. Perbah II / Senarai KPJ & K atau Surat Kuasa menyambung perkhidmatan yang dikeluarkan oleh CSM/JRP dan disahkan oleh Pegawai Rekod Pasukan (Jika Perlu)
  5. Penentuan Had Kelayakan Pembiayaan (Pemohon Awam)
  6. Persetujuan Membenarkan Potongan Gaji (Penjamin Awam)
  7. Surat Pengakuan Penjamin Biro Perkhidmatan ANGKASA
  8. Surat Pengakuan – Biro Perkhidmatan ANGKASA (Anggota Baru)