Kerajaan bantu ekonomi gerakan koperasi

PUTRAJAYA – Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.

Menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi tujuan mengelakkan lebih banyak koperasi tidak aktif, kehilangan pekerjaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat selain memastikan mereka terus mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara inisiatif itu adalah Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi yang diperkenalkan untuk meningkat dan menggerakkan kembali sektor ekonomi koperasi